Rabu, 12 Disember 2012

Bila anak menangis tak nak ke sekolah... Macamana nak buat?


Salam semua..

Dah pertengahan bulan Disember dah... tak lama lagi sesi persekolahan dah nak mula. Ramai la parents yang bz beli brg2 keperluan sekolah. Bagi parents yang first time nak hantaq anak masuk standard 1 ka kindergarten ka... sure ada sedikit kebimbangan mengenai anak2 kan??? Especially, boleh ka anak anda nanti adapt dgn new environment? Ada jugak yang risau kalau2 anak2 menangis masa nak masuk sekolah nanti. 

Tahun 2013 nanti, anak mak cik yg sulung, dah nak masuk standard 2, yg no 2 pulak nak masuk 6 tahun. Jadi, mak cik tak la risau masalah anak2 nak menangis masa sesi persekolahan bermula nanti. Lagipun, Alhamduillah, kedua2 anak mak cik tu tak menangis langsung sejak first day masuk kindergarten atau sekolah. Happy ja budak2 tu mak cik tengok, especially mak cik pink, anak mak cik yg no 2 tu. suka sungguh pi sekolah. Sampai hari cuti pun nangis2 nak pi sekolah.
Mak cik Pink (paling kanan) dgn teman2 masa Sukaneka 
My eldest, Arif Danial, masa ni umur dia 4 tahun. Sengih tu maknanya suka la ke kindergarten tu.. :)

Anak mak cik yg no 3, si papan nak masuk 3 tahun next year... pun tergediks ja nak school. Dah mcm terlebih vitamin ja mak cik tengok. Penah 1 hari mak cik hantaq tatak (kakak) ~ mak cik pink tu la pi kindergarten, si papan tak nak balik. Dia siap sembunyi blkg cikgu. Cikgu cakap, tak pa la tinggai ja, lagipun exam semua dah habis, so cikgu tak bz sangat. Berat jugak hati mak cik nak tinggai, ya la, baru ja 29 month umur dia. Pampers dan susu dia bukannya mak cik bawak pun. Buat dia poo poo ka? Nak susu ka? Camna kan??? Mak cik pun berat hati nak tinggai dia, mak cik pesan jugak la kat cikgu, kalau2 dia nangis, call la, mak cik pi ambik dia. Tunggu punya tunggu, sampai sudah cikgu tak call. Cukup jam 12 tgh, mak cik pun pi jemput mak cik pink dengan si papan tu. Cikgu cakap dia ok ja, ikut sama2 belajaq, dalam masa yang sama mengacau budak2 lain la. Time rehat, suka2 ati dia ja bedal makanan kawan tatak dia. Hmmmm... zharfan, zharfan... bertuah betoi budak ni!

My sibling school is my school too! ~ tu la kot si papan dok pikiaq :p

Dari baby lagi si papan dok lepak @ abg Arif kindergarten
"Saya suka, saya suka"... bak kata Mei Mei... hehehe...
Ramai jugak teman2 di luar sana yang anak2 tak nak pi nursery, kindergarten atau sekolah. Penah dulu classmate Arif (anak mak cik yang sulung) asik nangis bila ke kindergarten. Setahun nenek dia hantar dan tunggu sama2 dalam kelas sampai tamat sekolah.  Masa umur dia 6 tahun, pun nenek dia dok tunggu, dalam 2 atau 3 jam sebelum nenek dia tinggalkan dia kat kindergarten tu. Setiap hari nenek dia hantar dan ambik budak tu dengan basikal, sebabnya nenek dia tak pandai bawak motor atau pun kereta. Kesian nenek dia kan???

Mak cik ni tak ada experience sbb tak penah face problem mcmni. So mak cik ada la buat research sket, mana tau, boleh membantu anda2 di luar sana yang menghadapi masalah yang sama. 

Pasai apa jadi lagu tu? Nak kena tau jugak kan?

~ Setakat apa yang mak cik dok baca la, anak2 ni takut dengan orang lain yang depa tak biasa. Senang cerita stranger la. Actually benda tu normal dalam toddler development phase. Bayangkan kalau depa tak takut dengan strangers, mai satu mamat sua (bagi) lollipop ka candy ka , truih (terus) dia ikut. Mau kena kidnap nanti. Uiii, mintak simpang la.

~Lagi satu, depa tak biasa berenggang dengan mak bapak kan? Nak2 anak yang ibunya tidak bekerja macam mak cik ni. Disebabkan sentiasa duduk dengan kita ja, dia takut nak berpisah dengan kita sebab dia tak percaya dengan orang lain.  

So mcmana nak buat ???

~ Kita sebagai ibu bapa ni boleh introduce small doses of separations, mungkin dengan melawat rumah kawan atau a day with Grandma. Lama kelamaan, anak kita akan rasa comfortable spending time away from us Sebabnya  dia tau yang kita akan kembali, dan pada masa yang sama dia pun enjoyed masa dia tak bersama kita. 

* Tau tak, kebanyakan anak2 kecik ni tak ada well-developed sense of time. Sebab tu dia tak boleh nak beza sejam tanpa ibu atau sebulan tanpa ibunya.


~ Selain tu, apa kata pakat2 sembang la dengan anak2 kita tu. Cakap la dengan dia....

"Kakak, mula2 memang la rasa takut, sebab kakak tak biasa, nanti lama2 rasa comfortable,  ok la. Mama dulu pun mcm kakak jugak"... 


~ Kalau dah dekat2 nak masuk sekolah pun anak2 dok rasa takut lagi, mungkin ibu bapa boleh bawak anak2 melawat ke sekolah beberapa hari awal. Jadi, anak kita boleh kenal dengan cikgu dan mungkin ada di antara future classmate anak kita nanti adalah teman2 anak kita sendiri. Jangan bimbang, she will worked out some of her separation issues. By the time dia nak masuk sekolah nanti ok la tu. In Shaa Allah.  

~ Masa hari permulaan sekolah nanti, apa kata anda duduk la beberapa minit di sekolah, sampai la dia rasa comfortable, dan tak takut. Bagi masa untuk dia settled down. Pastu letak la apa2 gift dalam poket atau beg sekolah dia, so bila dia terasa sedih atau teringat kat kita, dia boleh ambik barang tu dan dia akan rasa lebih baik lepas tu.

Kalau anda rasa masalah anak anda ni serious, seeloknya jumpa la dengan cikgu anak anda. Discuss apa yang anda dan cikgu boleh lakukan untuk membantu anak anda. Harap2 apa yang mak cik share ni sedikit sebanyak boleh membantu anda...  Good luck!  :)

source: 

Dr. Elizabeth Berger

Selasa, 11 Disember 2012

Mak cik housemom pun punchcard jugak tau.. Don't play2 maaa...

Assalamualaikum semua...
Morning uoalss! ~gedixx lebih la pulak pagi ni.

Amboi, gatai pulak tangan mak cik nak menulis pagi2 ni... Bukan apa, my eldest son, dgn my doter yang no 2 tu balik umah tok depa semalam. So pagi ni kami tak la kalut sangat. Lagi pulak baby Raziq dah siap mandi dan bekpes. Si papan pulak masih dibuai mimpi, ntah apa kena dengan dia, lambat pulak dia bangun pagi ni. Selalunya dia pun dah siap mandi dan bekpes jugak dah...

Sambil mak cik masak bubur baby Raziq ni la mak cik dok menulis blog ni ha.

Story pasai punchcard.... waaahhhh, tentu la org yang bekerja ja kan ada punchcard. Biar mak cik tak dak punchcard, mak cik pun cam orang lain, keja jugak, celik mata ja.. "ketung ketang ketung ketang".. sampai tengah malam pun dok "ketung ketang" lagi. Mak cik punchcard awai (awal),kira Subuh tu la time masuk keja mak cik, walaupun bila masa mak cik punchout pun tak tau... Time rehat mak cik time solat ja la...hehehe...  Satu hari mak cik jalan beratus kilometer agaknya, walaupun dok pi balik dalam umah ja.

Hari ni mak cik tak payah hantaq & jemput anak2 mengaji Iqraq.. alahhh, kan yang anak yang berdua tu dah balik kampung. Emmm.... rindu la kat depa, kalau depa ada... gamat umah mak cik ni. Macam nak runtuh! So, memang relax banyak la mak cik hari ni, lagi pulak cuti sekolah.

Mak cik ni kekadang pening ngan diri sdr, sbb mak cik lagi terer buat keja, bila semua anak2 ada, bila keadaaan lebih kelam kabut... Mcm  hari ni mak cik dah tak torah nak buat apa, nak masak apa utk lunch, nak buat keja2 umah pun malasss ja rasa. Orang utara cakap baloq liat. Maksudnya penyegan yang amat..

Watever ponn, nak tak nak, keja mak cik harus berjalan lancar dan spt biasa, baby Raziq pun dah nak tidoq, ya la, badan dah selesa, perut dah kenyang, mata pun berat la kan??? Sat lagi depa nanti tukaq shift la.. bukan apa si papan pulak nanti bangun.

Ishhhhh...pot pet lebih pulak dah! Apa dah jadi ngan bubur baby Raziq ni? Ok la... sblm mak cik jadi kelam kabut, baik mak cik ADIOS dulu la noooo... Jom layan lagu pebret anak2 mak cik. =D Choowww....


Isnin, 10 Disember 2012

When he called me Mama.... owwhhhh, I’m so melted! Become angau laa...

Mam...ma..... Mammm....ma....
Alahai, I'm so melted hearing that miracle word from my 11 month old baby. He was 10 when he started called me "Mama".... whooaaaa, cannot tidoq malam ooo that time, angau macam orang dok becinta ja mak cik ni tau!! Even masa mak cik dok tulis blog ni pun, he keep calling me, Mammma... :) Eeeee.... suka laaaa!

Bila kami ingat2 balik, ehhhhh, how's time flies. Rasa mcm baru sgt la kluaq labour room kan.... Dah  hampir setahun pun. Tup tap tup tap... very the kelam kabut mak cik dengan anak2 mak cik yang ramaiSsss ni haaa... alih2 baby yg no 4 ni dah dekat setahun pun.

Masa pregnant kan baby ni, kerap la kami kena ulang alik ke pakar, sebabnya anak ke 3 dulu kami kena ceaser. Baru sangat, anak ke 3, si papan tu lahir 4 July 2010. Boleh tahan besaq la, 3.74kg, kami pulak memang kategori comei ja... ~ Nak mengaku pendek, malu la.. hehe.... 

Baby ke 4 ni dijangka lahir hujung Disember 2011 atau awal Januari 2012...So bayangkan.. dekatkan dengan kelahiran yang sebelum tu??? So, makcik asik kena scan ja, utk monitor berat baby, ya la kalau besaq lagi kali ni, paham2 je la.. kluaq kot tingkap lagi la maksudnya...

Memang dah jadi kebiasaan, kami selalu ja delivered overdue... Kali ke 4 ni pun camtu lah jugak. 2 Feb 2012 hari tu, disebabkan tak jugak sakit2, tak jugak ada tanda2 nak bersalin, kena la kami pi jumpa pakar. Bila scan ja, saiz dan berat baby tu ok la, dalam 3.3 kg ja, tapi air ketuban pulak kurang. Apalagi, terus la kami kena tahan, masuk wad. Doktor cakap besok kena induce,... hmmm.. takutnyaaaaa! Alhamdulillah, 3 Jan 2012, jam 1.22 pm, lahirlah a new bundle of joy dalam family kami.. Syukur.

Our new bundle of joy :: Raziq Hanan El-Fathin

Cepatkan masa berlalu,sat saja.. ni ha gambaq baby Raziq yang latest jugak la...

Baby Raziq dalam 10 bulan rasanya masa ni...

3 Januari 2013 dah makin dekat... Hadiah apa ya yang sesuai untuk baby Raziq??? Hmmmmm.......


Jumaat, 7 Disember 2012

Susahnya anak-anak nak share barang..... Heeee... geram tau!


Mama, tengok kakak ni, ambik kaler Arif! Mana ada, abang tipu. Auji nak pinjam ja!!! Mamaaaa... mamaaaaaaa.... tengok tatak (kakak) ni... Tatak ambik buku papan (Zharfan)....

Mak oiiiii, pening kepala kami kalau depa dah mula dok panggei (panggil) kami, dok report itu ini!!! Kalau nak report time2 peak pulak tu. Kalau tak kami memasak, breastfeed baby, mandi, sampai ke tahap melabur pun.. masa tu la yang paling syok depa nak berebut itu ini. Abang ka, kakak ka... sama ja.. yang selalu jadi mangsa, yang sebut nama dia papan tu la... Hai, susah payah mama cari nama dalam buku baby, last2 papan ja yang dia tau sebut... hmmmmm....

Dah tak torah jadinya kami... tak torah tu maksudnya tak tentu arah laaa ^_^ Jadi kami pun search sana, search sini kot2 la ada apa2 info yang boleh membantu masalah anak2 kami ni.

Rupa2nya, kanak2 di bawah umur 5 tahun, tak paham pun konsep sharing tu.. tu la depa tak mau share.. depa dok ingat orang nak ambik barang depa. So, kena la kita ajaq mcmana nak share. Ada la beberapa basic rules yang kita boleh ajaq. Contohnya, belajaq ikut turn, "She goes, then you go" kata omputihnya... :)
Ni lagi 1 rule yang kami nak cuba praktik... tambah2 dekat si papan tu... Uiiiii, bukan main pandai berebut dah la ni, nak2 dengan tatak dia ... selalu la tatak Auji tu kena tarik rambut... hmmm, kesian makcik pink tu. Eh, pot pet lebih pulak, rule dia camni, cakap dengan anak2, kalau depa dah tinggal toys atau apa2 stuff tu maksudnya, orang lain boleh main atau guna stuff tu. Pastu kalau dia bawak toy dia ke playdate, means everyone there gets to play with it. SIMPLE RULE kan??? kalau tak paham jugak, belasah ja!!! Hehehe.... lawak ja, mana boleh mcmtu!
2 tahun ++
Ni la si Papan yang sangat notty dan baik hati ^_^

Rules ni untuk kanak2 5 tahun ke bawah... Untuk Arif pulak macamana ya??? Arif dah 7 tahun, tapi masih ja sukar nak share dengan adik2.... Hmmmmm... nanti kami stroy lagi tau!!! Sampai ketemu...


Jumaat, 30 November 2012

Ubat kahak untuk baby.... Boleh ka??

Adoiii aiii... dah banyak hari punya kalut la tak dan kami nak pot pet tang ni. Kami nak share sket pasai 1 benda yg kami sdr baru tau... kalau yang dah tau tu jgn la dok kata "Eeeee.... yang tu pun x tau ka??? " ... ya la belajaq dari kesilapan...

Baby kami baru 10 bulan.. masa raya puasa dia demam... masa raya haji pun demam... ada la batuk2.. tapi kami ingat x serius, lagipun dia sembuh lepas tu... Sebelum ni mmg kami ada ubat kahak yg kami ambik dari klinik swasta, tapi x penah bagi makan pun, sbb kami rasa x perlu. Tapi masa 6 Nov lepas, kami dengaq dia batuk mcm berkahak sangat. Dr pagi dia batuk, sampai petang semcam ja batuk dia kami pun bagi la ubat kahak tu. Macam lagi batuk teruk ja pastu, sampai nampak letih dia batuk. Kesian sangat.

Kebetulan masa time tu, kerap hujan. Hari2 hujan dari pagi sampai ke malam. Cuaca memang sejuk ja, tu yang buat baby kami tambah batuk. Bila hari makan malam, makin kuat batuk dia. Masa jam 10 mlm tu makin teruk. Dia tak nak minum susu. Kami dah tak tau nak buat mcmana, kami tidorkan dia dlm baby cot. Masih jugak dengaq dia batuk, teruk sgt. Tp kami dok monitor ja, sbb ingatkan tu effect ubat kahak tu, supaya kahak dia cair. Dalam selang masa tertentu kami selalu check tgk jugak la kalau2 dia nak susu. Tp dia refuse. Nangis ja terus.. Masa tu kami dah mula susah hati. Sbb dia x penah buat mcmtu.

Baby kami batuk terus dan menangis ja... Memang kesian sgt dekat dia. Jam dah 2 pagi, dia tak mau tidoq jugak. Tak mau susu jugak. Pastu kami perasan, bibir dia pucat, memang dia dah sesak nafas. Lidah dia mcm bergulung... Ya Allah! Takutnya kami masa tu. Terus hubby gerak anak2 dan siap ke hospital. Kami terus ke bahagian kecemasan. Doktor cakap berkemungkinan ada jangkitan pada paru2. Kami cakap kat doktor yg kami bagi ubat kahak. Masa tu baru kami tau, ubat kahak tak boleh diberi pada baby di bawah umur 2 tahun. Sbbnya, baby tak pandai buang kahak, bila kita bagi ubat kahak tu, kahak akan cair dan baby akan telan semula kahak tu. Tu la sebabnya baby kami sesak nafas. Sedih la tengok dia masa tu.. tercungap2 tak cukup nafas. Mcm2 dah kami pikiaq masa tu, takut oksigen tak sampai ke otak la.. . Ya Allah!! Tak habis2 kami berdoa, Allah saja yg tau betapa takut dan risaunya kami waktu tu.

Bila x-ray mmg ada jangkitan pada paru2 dia. Baby kami kena admit, cucuk tangan kiri kanan... kena isap oksigen dan gas lagi.. 3 hari 3 mlm baby kami langsung tak tidoq.... dia menangis, meraung.. sejam sekali dia kena ambik gas...   2 hari oksigen tak boleh ditanggal langsung. Dia meronta2 sakit dan tak selesa. Dah tu doktor drip air sbb baby kami kena puasa, takut2 dia tersedak dan keadaan makin worse. Kesiannya, sedih sgt tgk dia. Bila dia ambil oksigen tu, mulut dia makin kering, sampai lidah semua jadi pucat dan dah tak dak air liur langsung. Kami cuma boleh basahkan bibir dia ja.... bayangkan dari 10 mlm 6 Nov dia langsung tak minum susu sampai la dalam 7 mlm esoknya baru la dia dibenarkan makan dan minum. Terus berat baby kami turun mendadak dari 8.5 kg tinggal 6 kg. Disebabkan gas 'neb' yg baby kami kena isap tu, dia lali ja terus, lembik dan tak bertenaga langsung.

Baby Raziq baru tertidor selepas 3 hari, keletihan..
Alhamdulillah tak perlu sedut oksigen lagi, cuma perlu sedut neb 6 jam sekali


Tiga hari baby kami admit kat hospital. Ubat, injection sana sini.. kesian sangat. Tapi apakan daya, kami cuma mampu berdoa agar dia cepat sembuh. Alhamdulillah.. baby kami pulih dengan agak cepat... berkat doa dari hubby, ibu bapa dan family. Saat2 mcmni memang kami cuma harap doa dari orang sekeliling. Masa baby kami boleh discaj, dia masih demam, tapi Alhamdulillah, kadar oksigen dalam badan dia dah kembali seperti yang sepatutnya, dan dia dah tak batuk2 berkahak lagi. Doktor bekalkan ubat Tiamiflu sbg protection dan jugak ubat lelah perlu dimakan selama 2 hari supaya saki baki kahak yg ada tu semuanya cair.

Walaupun dah pulang ke rumah, baby kami masih demam berterusan dan sangat lesu.. Dalam 2 minggu jugak baru nampak dia semakin kuat, dan mula aktif kembali. Itu la, kerana sedikit kesilapan, boleh jadi sesuatu yang sangat merbahaya. La ni kami memang sgt aware terutamanya kalau dengaq dia batuk. Kami cukup susah hati sebenaqnya. Sampai sekarang baby kami masih kena pi jumpa pakar untuk memastikan dia benar2 pulih. Kepada  anda semua, doakan lah kesihatan baby kami ya. Terima kasih.  

Rabu, 28 November 2012

Jom kita sembang2

Assalamualaikum W.B.T!

Doa saya moga semua pembaca sihat sejahtera.. Alhamdulillah, dah lama saya tak menulis blog, tak tau mcmana tiba2 ja tak boleh tidoq malam ni.. dan terasa nak menulis pulak ... :-)
Jadi kita mula episod baru la nampaknya.., bukan pasaipa, dolu2 dok tulis dah 3 taun (tahun) kot.. ni rasa mcm terhegeh2 la pulak..

Macam nama blog ni "Bukan Sekadar Pot Pet" .. tu la sebenaqnya banyak benda saya nak share, tapi pelan2 la kot naa.. kita santai2 dulu.. relax2 ja kan.. banyak masa  lagi! Kita pot pet sambil share benda2 yg mendatangkan faedah. Boleh gitewww??? cehh, mcm aku reti sgt cakap "kayel" ni kan?? 1st time aku baca bunyi dia KAYEL la kan?? mana nak pi tau rupanya KL .. peghak aku bahasa pesbuk, twitter ni  :p hahaha...

Eh, dah jd aku pulak! Maap la na, kami ni org utara mmg mcm tu, bukan x hormat orang, cuma org kata bila cakap aku tu rasa lagi close.. Kami ni x la muda sgt, tua sgt pun dak.... klu yang dok tgh baca ni budak2 baru abis sekolah, budak2 U tu nak panggil KAK boleh la... yg mana dah kawen ada anak 2 ka 3 kita sembang aku-aku senang sket kan?? Yang dah anak2 pun nak habih sek ka dah masuk U tu, saya pulak panggil KAK kan?? :-)

Lagi 1, klu kami cakap utara jgn la marah na... Tak boleh buat apa dah, dah lama kami p dok belajaq tang "kayel" tu tp lidah kami lagu ni la.. pekat utara... Lagipun kami tgk byk la ceghita hat dok cakap utara kat tv, movie pun.. orang paham pakat gelak guling2 jugak kan??? Tapi tu la, kot la x paham saya cakap apa, Sila la tinggai komen.. In Shaa Allah.. nanti saya jawab..

Ok la kot.. buat permulaan ni na... Salam perkenalan dari saya ..^_^ Sila2 la baca, jenguk2, hat mana boleh komen, komen la.. kita pakat2 share...

Wassalam!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...