Selasa, 11 Disember 2012

Mak cik housemom pun punchcard jugak tau.. Don't play2 maaa...

Assalamualaikum semua...
Morning uoalss! ~gedixx lebih la pulak pagi ni.

Amboi, gatai pulak tangan mak cik nak menulis pagi2 ni... Bukan apa, my eldest son, dgn my doter yang no 2 tu balik umah tok depa semalam. So pagi ni kami tak la kalut sangat. Lagi pulak baby Raziq dah siap mandi dan bekpes. Si papan pulak masih dibuai mimpi, ntah apa kena dengan dia, lambat pulak dia bangun pagi ni. Selalunya dia pun dah siap mandi dan bekpes jugak dah...

Sambil mak cik masak bubur baby Raziq ni la mak cik dok menulis blog ni ha.

Story pasai punchcard.... waaahhhh, tentu la org yang bekerja ja kan ada punchcard. Biar mak cik tak dak punchcard, mak cik pun cam orang lain, keja jugak, celik mata ja.. "ketung ketang ketung ketang".. sampai tengah malam pun dok "ketung ketang" lagi. Mak cik punchcard awai (awal),kira Subuh tu la time masuk keja mak cik, walaupun bila masa mak cik punchout pun tak tau... Time rehat mak cik time solat ja la...hehehe...  Satu hari mak cik jalan beratus kilometer agaknya, walaupun dok pi balik dalam umah ja.

Hari ni mak cik tak payah hantaq & jemput anak2 mengaji Iqraq.. alahhh, kan yang anak yang berdua tu dah balik kampung. Emmm.... rindu la kat depa, kalau depa ada... gamat umah mak cik ni. Macam nak runtuh! So, memang relax banyak la mak cik hari ni, lagi pulak cuti sekolah.

Mak cik ni kekadang pening ngan diri sdr, sbb mak cik lagi terer buat keja, bila semua anak2 ada, bila keadaaan lebih kelam kabut... Mcm  hari ni mak cik dah tak torah nak buat apa, nak masak apa utk lunch, nak buat keja2 umah pun malasss ja rasa. Orang utara cakap baloq liat. Maksudnya penyegan yang amat..

Watever ponn, nak tak nak, keja mak cik harus berjalan lancar dan spt biasa, baby Raziq pun dah nak tidoq, ya la, badan dah selesa, perut dah kenyang, mata pun berat la kan??? Sat lagi depa nanti tukaq shift la.. bukan apa si papan pulak nanti bangun.

Ishhhhh...pot pet lebih pulak dah! Apa dah jadi ngan bubur baby Raziq ni? Ok la... sblm mak cik jadi kelam kabut, baik mak cik ADIOS dulu la noooo... Jom layan lagu pebret anak2 mak cik. =D Choowww....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hai semua.. Thanks atas semua comment...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...