Jumaat, 30 November 2012

Ubat kahak untuk baby.... Boleh ka??

Adoiii aiii... dah banyak hari punya kalut la tak dan kami nak pot pet tang ni. Kami nak share sket pasai 1 benda yg kami sdr baru tau... kalau yang dah tau tu jgn la dok kata "Eeeee.... yang tu pun x tau ka??? " ... ya la belajaq dari kesilapan...

Baby kami baru 10 bulan.. masa raya puasa dia demam... masa raya haji pun demam... ada la batuk2.. tapi kami ingat x serius, lagipun dia sembuh lepas tu... Sebelum ni mmg kami ada ubat kahak yg kami ambik dari klinik swasta, tapi x penah bagi makan pun, sbb kami rasa x perlu. Tapi masa 6 Nov lepas, kami dengaq dia batuk mcm berkahak sangat. Dr pagi dia batuk, sampai petang semcam ja batuk dia kami pun bagi la ubat kahak tu. Macam lagi batuk teruk ja pastu, sampai nampak letih dia batuk. Kesian sangat.

Kebetulan masa time tu, kerap hujan. Hari2 hujan dari pagi sampai ke malam. Cuaca memang sejuk ja, tu yang buat baby kami tambah batuk. Bila hari makan malam, makin kuat batuk dia. Masa jam 10 mlm tu makin teruk. Dia tak nak minum susu. Kami dah tak tau nak buat mcmana, kami tidorkan dia dlm baby cot. Masih jugak dengaq dia batuk, teruk sgt. Tp kami dok monitor ja, sbb ingatkan tu effect ubat kahak tu, supaya kahak dia cair. Dalam selang masa tertentu kami selalu check tgk jugak la kalau2 dia nak susu. Tp dia refuse. Nangis ja terus.. Masa tu kami dah mula susah hati. Sbb dia x penah buat mcmtu.

Baby kami batuk terus dan menangis ja... Memang kesian sgt dekat dia. Jam dah 2 pagi, dia tak mau tidoq jugak. Tak mau susu jugak. Pastu kami perasan, bibir dia pucat, memang dia dah sesak nafas. Lidah dia mcm bergulung... Ya Allah! Takutnya kami masa tu. Terus hubby gerak anak2 dan siap ke hospital. Kami terus ke bahagian kecemasan. Doktor cakap berkemungkinan ada jangkitan pada paru2. Kami cakap kat doktor yg kami bagi ubat kahak. Masa tu baru kami tau, ubat kahak tak boleh diberi pada baby di bawah umur 2 tahun. Sbbnya, baby tak pandai buang kahak, bila kita bagi ubat kahak tu, kahak akan cair dan baby akan telan semula kahak tu. Tu la sebabnya baby kami sesak nafas. Sedih la tengok dia masa tu.. tercungap2 tak cukup nafas. Mcm2 dah kami pikiaq masa tu, takut oksigen tak sampai ke otak la.. . Ya Allah!! Tak habis2 kami berdoa, Allah saja yg tau betapa takut dan risaunya kami waktu tu.

Bila x-ray mmg ada jangkitan pada paru2 dia. Baby kami kena admit, cucuk tangan kiri kanan... kena isap oksigen dan gas lagi.. 3 hari 3 mlm baby kami langsung tak tidoq.... dia menangis, meraung.. sejam sekali dia kena ambik gas...   2 hari oksigen tak boleh ditanggal langsung. Dia meronta2 sakit dan tak selesa. Dah tu doktor drip air sbb baby kami kena puasa, takut2 dia tersedak dan keadaan makin worse. Kesiannya, sedih sgt tgk dia. Bila dia ambil oksigen tu, mulut dia makin kering, sampai lidah semua jadi pucat dan dah tak dak air liur langsung. Kami cuma boleh basahkan bibir dia ja.... bayangkan dari 10 mlm 6 Nov dia langsung tak minum susu sampai la dalam 7 mlm esoknya baru la dia dibenarkan makan dan minum. Terus berat baby kami turun mendadak dari 8.5 kg tinggal 6 kg. Disebabkan gas 'neb' yg baby kami kena isap tu, dia lali ja terus, lembik dan tak bertenaga langsung.

Baby Raziq baru tertidor selepas 3 hari, keletihan..
Alhamdulillah tak perlu sedut oksigen lagi, cuma perlu sedut neb 6 jam sekali


Tiga hari baby kami admit kat hospital. Ubat, injection sana sini.. kesian sangat. Tapi apakan daya, kami cuma mampu berdoa agar dia cepat sembuh. Alhamdulillah.. baby kami pulih dengan agak cepat... berkat doa dari hubby, ibu bapa dan family. Saat2 mcmni memang kami cuma harap doa dari orang sekeliling. Masa baby kami boleh discaj, dia masih demam, tapi Alhamdulillah, kadar oksigen dalam badan dia dah kembali seperti yang sepatutnya, dan dia dah tak batuk2 berkahak lagi. Doktor bekalkan ubat Tiamiflu sbg protection dan jugak ubat lelah perlu dimakan selama 2 hari supaya saki baki kahak yg ada tu semuanya cair.

Walaupun dah pulang ke rumah, baby kami masih demam berterusan dan sangat lesu.. Dalam 2 minggu jugak baru nampak dia semakin kuat, dan mula aktif kembali. Itu la, kerana sedikit kesilapan, boleh jadi sesuatu yang sangat merbahaya. La ni kami memang sgt aware terutamanya kalau dengaq dia batuk. Kami cukup susah hati sebenaqnya. Sampai sekarang baby kami masih kena pi jumpa pakar untuk memastikan dia benar2 pulih. Kepada  anda semua, doakan lah kesihatan baby kami ya. Terima kasih.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hai semua.. Thanks atas semua comment...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...