Salam semua..
Dah pertengahan bulan Disember dah... tak lama lagi sesi persekolahan dah nak mula. Ramai la parents yang bz beli brg2 keperluan sekolah. Bagi parents yang first time nak hantaq anak masuk standard 1 ka kindergarten ka... sure ada sedikit kebimbangan mengenai anak2 kan??? Especially, boleh ka anak anda nanti adapt dgn new environment? Ada jugak yang risau kalau2 anak2 menangis masa nak masuk sekolah nanti.
Tahun 2013 nanti, anak mak cik yg sulung, dah nak masuk standard 2, yg no 2 pulak nak masuk 6 tahun. Jadi, mak cik tak la risau masalah anak2 nak menangis masa sesi persekolahan bermula nanti. Lagipun, Alhamduillah, kedua2 anak mak cik tu tak menangis langsung sejak first day masuk kindergarten atau sekolah. Happy ja budak2 tu mak cik tengok, especially mak cik pink, anak mak cik yg no 2 tu. suka sungguh pi sekolah. Sampai hari cuti pun nangis2 nak pi sekolah.
| Mak cik Pink (paling kanan) dgn teman2 masa Sukaneka |
| My eldest, Arif Danial, masa ni umur dia 4 tahun. Sengih tu maknanya suka la ke kindergarten tu.. :) |
Anak mak cik yg no 3, si papan nak masuk 3 tahun next year... pun tergediks ja nak school. Dah mcm terlebih vitamin ja mak cik tengok. Penah 1 hari mak cik hantaq tatak (kakak) ~ mak cik pink tu la pi kindergarten, si papan tak nak balik. Dia siap sembunyi blkg cikgu. Cikgu cakap, tak pa la tinggai ja, lagipun exam semua dah habis, so cikgu tak bz sangat. Berat jugak hati mak cik nak tinggai, ya la, baru ja 29 month umur dia. Pampers dan susu dia bukannya mak cik bawak pun. Buat dia poo poo ka? Nak susu ka? Camna kan??? Mak cik pun berat hati nak tinggai dia, mak cik pesan jugak la kat cikgu, kalau2 dia nangis, call la, mak cik pi ambik dia. Tunggu punya tunggu, sampai sudah cikgu tak call. Cukup jam 12 tgh, mak cik pun pi jemput mak cik pink dengan si papan tu. Cikgu cakap dia ok ja, ikut sama2 belajaq, dalam masa yang sama mengacau budak2 lain la. Time rehat, suka2 ati dia ja bedal makanan kawan tatak dia. Hmmmm... zharfan, zharfan... bertuah betoi budak ni!
Ramai jugak teman2 di luar sana yang anak2 tak nak pi nursery, kindergarten atau sekolah. Penah dulu classmate Arif (anak mak cik yang sulung) asik nangis bila ke kindergarten. Setahun nenek dia hantar dan tunggu sama2 dalam kelas sampai tamat sekolah. Masa umur dia 6 tahun, pun nenek dia dok tunggu, dalam 2 atau 3 jam sebelum nenek dia tinggalkan dia kat kindergarten tu. Setiap hari nenek dia hantar dan ambik budak tu dengan basikal, sebabnya nenek dia tak pandai bawak motor atau pun kereta. Kesian nenek dia kan???
| My sibling school is my school too! ~ tu la kot si papan dok pikiaq :p |
| Dari baby lagi si papan dok lepak @ abg Arif kindergarten "Saya suka, saya suka"... bak kata Mei Mei... hehehe... |
Mak cik ni tak ada experience sbb tak penah face problem mcmni. So mak cik ada la buat research sket, mana tau, boleh membantu anda2 di luar sana yang menghadapi masalah yang sama.
Pasai apa jadi lagu tu? Nak kena tau jugak kan?
~ Setakat apa yang mak cik dok baca la, anak2 ni takut dengan orang lain yang depa tak biasa. Senang cerita stranger la. Actually benda tu normal dalam toddler development phase. Bayangkan kalau depa tak takut dengan strangers, mai satu mamat sua (bagi) lollipop ka candy ka , truih (terus) dia ikut. Mau kena kidnap nanti. Uiii, mintak simpang la.
~Lagi satu, depa tak biasa berenggang dengan mak bapak kan? Nak2 anak yang ibunya tidak bekerja macam mak cik ni. Disebabkan sentiasa duduk dengan kita ja, dia takut nak berpisah dengan kita sebab dia tak percaya dengan orang lain.
So mcmana nak buat ???
~ Kita sebagai ibu bapa ni boleh introduce small doses of separations, mungkin dengan melawat rumah kawan atau a day with Grandma. Lama kelamaan, anak kita akan rasa comfortable spending time away from us. Sebabnya dia tau yang kita akan kembali, dan pada masa yang sama dia pun enjoyed masa dia tak bersama kita.
* Tau tak, kebanyakan anak2 kecik ni tak ada well-developed sense of time. Sebab tu dia tak boleh nak beza sejam tanpa ibu atau sebulan tanpa ibunya.
~ Selain tu, apa kata pakat2 sembang la dengan anak2 kita tu. Cakap la dengan dia....
"Kakak, mula2 memang la rasa takut, sebab kakak tak biasa, nanti lama2 rasa comfortable, ok la. Mama dulu pun mcm kakak jugak"...
~ Kalau dah dekat2 nak masuk sekolah pun anak2 dok rasa takut lagi, mungkin ibu bapa boleh bawak anak2 melawat ke sekolah beberapa hari awal. Jadi, anak kita boleh kenal dengan cikgu dan mungkin ada di antara future classmate anak kita nanti adalah teman2 anak kita sendiri. Jangan bimbang, she will worked out some of her separation issues. By the time dia nak masuk sekolah nanti ok la tu. In Shaa Allah.
~ Masa hari permulaan sekolah nanti, apa kata anda duduk la beberapa minit di sekolah, sampai la dia rasa comfortable, dan tak takut. Bagi masa untuk dia settled down. Pastu letak la apa2 gift dalam poket atau beg sekolah dia, so bila dia terasa sedih atau teringat kat kita, dia boleh ambik barang tu dan dia akan rasa lebih baik lepas tu.
Kalau anda rasa masalah anak anda ni serious, seeloknya jumpa la dengan cikgu anak anda. Discuss apa yang anda dan cikgu boleh lakukan untuk membantu anak anda. Harap2 apa yang mak cik share ni sedikit sebanyak boleh membantu anda... Good luck! :)
source:


